Komposisi kimia Agent_Orange

2,3,7,8-tetraklorodibenzo-p-dioksin (TCDD)Asid 2,4-diklorofenoksiasetik (2,4-D)

Bahan utama Agent Orange terdiri daripada campuran dua bahagian sama racun fenoksil – iaitu asid 2,4-diklorofenoksiasetik (2,4-D) dan asid 2,4,5-triklorofenoksiasetik (2,4,5-T) – dalam bentuk ester iso-oktil yang mengandungi kesan surih 2,3,7,8-tetraklorodibenzo-p-dioksin (TCDD).[6]

Dioksin TCDD ialah suatu bahan pencemar utama dalam Agent Orange yang paling toksik, malah ia dikelaskan sebagai karsinogen buatan manusia oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat.[7]

Agen ini mengering selepas disemburkan dan mengurai selepas beberapa jam ke hari apabila dikenakan sinaran matahari (jika tidak diikat pada permukaan biiologikal seperti tanah, daun atau rumput) lalu ia tidak membahayakan.[8]

Toksikologi

TCDD bersifat mudah larut dalam lemak, oleh itu ia masuk ke dalam tubuh melalui sentuhan fizikal atau pengambilan melalui mulut.[9] Dioksin terkumpul dengan mudahnya dalam rantai makanan. Dioksin memasuki tubuh dengan mengikat kepada sejenis protein khusus dipanggil reseptor hidrokarbon aril (aryl hydrocarbon receptor, AhR), sebuah faktor transkripsi. Ketika TCDD mengikat bersama AhR, protein racun tersebut bergerak ke nukleus di mana ia mempengaruhi gen.[10][11]

Rujukan

WikiPedia: Agent_Orange http://edition.cnn.com/2012/08/10/world/asia/vietn... http://www.science20.com/news_articles/agent_orang... http://www.epa.gov/dioxin http://www.publichealth.va.gov/exposures/agentoran... http://www.publichealth.va.gov/exposures/agentoran... http://www.afhso.af.mil/shared/media/document/AFD-... http://www.birthdefects.org/wp-content/uploads/201... http://www.cancer.org/Cancer/CancerCauses/OtherCar... //doi.org/10.1093%2Fije%2Fdyl038 //www.worldcat.org/issn/0190-8286